fbpx

MyCARE kutip lebih RM3 juta bantu rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozi (tengah) bergambar bersama peserta program Jualan Amal Gaza di Pasar Raya Econsave Taman Teratai, Johor Bahru, hari ini

JOHOR BAHRU – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyalurkan bantuan kecemasan lebih RM3 juta ke Gaza, Palestin secara berperingkat sejak negara itu diserang tentera Israel sejak awal Oktober lalu.

Pengurus MyCARE Johor, Rozi Abdul Ghani berkata, bagi fasa pertama, sebanyak RM500,000 disalurkan menerusi pejabat MyCARE di Gaza yang diuruskan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut di Gaza, Dr. Ziad Shehada.

Katanya, bagi fasa kedua, pihaknya turut menyalurkan bantuan sejumlah RM500,000 menerusi Ops Ihsan hasil dengan kerjasama kerajaan dan gabungan NGO.

“Bagi fasa ketiga dan keempat, kita menyalurkan sumbangan sebanyak RM2.2 juta dengan kerjasama wakil MyCARE di Gaza. serta kerjasama Medic Worldwide yang mempunyai gudang dan operasi di Mesir.

“Untuk bantuan fasa tiga, sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk makanan manakala fasa keempat adalah berupa pakaian tebal untuk menghadapi musim sejuk, perubatan dan kemudahan ambulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Program Jualan Amal Gaza anjuran Kelab Media Johor (KMJ), Pasar Raya Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd.dan MyCARE di tapak parkir Pasar Raya Econsave Taman Teratai, di sini hari ini.

Rozi berkata, bantuan bagi fasa kelima akan disalurkan dalam masa terdekat ini namun bergantung kepada keadaan semasa di Gaza setelah bumi Palestin kembali bergegar dibedil Palestin.

“Kutipan akan dilakukan berterusan sehingga Palestin pulih walaupun selepas perang kerana kemusnahan di Gaza sangat teruk. Bantuan kemanusiaan akan diteruskan bersama Econsave dan agensi lain.

“Gencatan senjata pada Khamis telah tamat dan kita dapat laporan bahawa mereka dalam keadaan yang getir, namun mereka tetap turun padang sampaikan bantuan kepada penduduk yang amat memerlukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI