fbpx

Ejen insurans maut digilis langgar lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian di Kilometer 6 Jalan Banting - Dengkil, semalam.

KUALA LANGAT – Tindakan seorang ejen insurans melanggar lampu isyarat mengundang tragedi apabila maut digilis treler di Kilometer 6 Jalan Banting – Dengkil, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6 petang itu menyebabkan mangsa merupakan seorang lelaki meninggal dunia di lokasi akibat akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, siasatan mendapati ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha NVX dari arah Dengkil ke Banting.

Katanya, treler dipandu lelaki berusia 29 pula menuju ke Bandar Mahkota dari Banting.

“Mangsa dipercayai tidak mematuhi lampu isyarat merah dan melanggar bahagian tepi kiri treler yang sedang memasuki simpang kanan.

“Akibatnya, mangsa bersama motosikalnya tercampak dan termasuk bawah treler sebelum digilis,” katanya hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Ahmad Ridhwan menambah, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Keisha Nur Azalea Betty Saran di talian 011-62622972
atau 03-31872222 serta mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI