fbpx
Seorang penghuni melakukan kerja rumah di ruangan dapur yang sempit di PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya.

Daripada nenek sampai anak cucu duduk PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Ruang tamu di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) bukan sahaja digunakan sebagai tempat makan sambil menonton televisyen, malah turut dijadikan tempat tidur untuk anak-anak kecil sehingga dewasa.

Situasi itu diakui sendiri oleh Pengerusi Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd. Zain menerusi hasil tinjauannya di PPR Taman Manggis termasuk di Flat 100, ­Jalan Sungai, di sini.

Katanya, dianggarkan lebih 10 keluarga ditemuinya tinggal dalam keadaan bersesak dengan maksimum 8 hingga 10 penghuni bagi sebuah rumah yang menempatkan tiga bilik.

Menurutnya, asal kediaman itu didiami nenek bersama anak mereka, tetapi apabila masing-masing berkahwin, kesemua anak masih tidak mampu membeli rumah atau berpindah.

“Untuk itu, si anak sanggup duduk berhimpit dengan anak-anak kecil mereka sehingga berusia dewasa di ruang tamu rumah.

“Di situlah tempat makan, di situlah juga tempat tidur dan belajar untuk tiga generasi. Mereka melihat keadaan itu seperti biasa,” katanya kepada Kosmo!.

Mohd. Sophian memberitahu, hasil temu bual dengan beberapa remaja pula, mereka lebih selesa berada di luar rumah pada waktu siang dan hanya pulang untuk tidur kerana tidak selesa tinggal dalam keadaan bersesak di dalam rumah sempit.

“Memang ramai anak remaja luah perkara sama. Antara punca mereka mengalami depresi adalah tinggal dalam jumlah keluarga yang ramai.

“Mereka tidak mahu duduk rumah dalam tenpoh lama dan akan keluar semula sebaik pulang dari sekolah. Mereka biasa­nya lepak dengan kawan-kawan seusia di tangga flat, kawasan bawah rumah atau taman berhampiran,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN