fbpx

RM920 juta barangan tidak berkastam, hidupan liar dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas dalam serbuan di Gua Musang, Kelantan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) merampas pelbagai barangan tidak berkastam, hidupan liar dan barangan kawalan dianggarkan bernilai RM920 juta dari 1 Januari hingga 30 November lalu.

Kesemua rampasan itu dibuat melalui kira-kira 7,033 serbuan dan operasi termasuk Op Kontraban, Op Tiris dan Op Bersepadu Khazanah.

Pengarah KDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, dalam serbuan tersebut, seramai 5,099 individu turut ditahan pihaknya khususnya Wildlife Crime Bureau/ Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP).

Katanya, rampasan melibatkan makanan sejuk beku, ubat-ubatan palsu, barangan tidak berkastam, hidupan liar dan barangan kawalan.

“KDNKA amat komited dalam membantu kementerian serta agensi di bawah kerajaan terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Perhilitan dan Jabatan Perhutanan dalam melancarkan operasi berkualiti sehingga berjaya.

“Kita sentiasa fokus dalam usaha memerangi kegiatan penyeludupan barangan tidak berkastam, penyelewengan badangan kawalan san bersubsidi selain memelihara khazanah negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, ini bagi memastikan hasil negara sentiasa dapat dilindungi dan terpelihara.

“Penglibatan dan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat kepada pihak polia amatlah digalakkan.

“Ini bagi memasyikan kegiatan jenayah seperti ini dapat dibanteras sepenuhnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI