fbpx

PRK Parlimen Kemaman: Banjir diramal tidak berlaku pada hari pengundian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazli (dua dari kanan) dan Abdul Ghani (dua dari kiri) berbincang sewaktu meninjau persiapan terakhir PRK Parlimen Kemaman di MPK, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Biarpun diramal hujan, hari pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman esok dijangka tidak akan berlangsung dalam keadaan banjir.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, pihaknya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa memantau perkembangan terkini cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia).

“Bagaimanapun, kita amat bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan (pada hari pengundian).

“Semua perancangan awal yang dijangkakan banjir tetap akan diteruskan kalau ia berlaku,” katanya ketika ditemui di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman di sini hari ini.

Terdahulu beliau bersama Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh meninjau persiapan akhir di pusat penjumlahan undi terbabit.

Mazli berkata, proses kempen selama 14 hari berjalan dengan aman dan harmoni tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Kita hanya menerima tujuh laporan polis berkaitan kesalahan kempen pilihan raya termasuk melibatkan 3R (kaum,agama,raja).

“Kes 3R ini akan yang akan disiasat secara terus oleh Bukit Aman,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI