fbpx
DATUK Awie dan ‘konco’ Wings yang lain berjanji memberikan yang terbaik demi kemenjadian Konsert Wings The Rock Emperor-Kuala Lumpur Chapter 16 Disember ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Itu malam rock paling ‘keras’ Wings

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERBAKI sekitar dua minggu sebelum menggegarkan konsert di Stadium Malawati Shah Alam yang dijadualkan berlangsung pada 16 Disember ini, Wings kini bersiap-siaga dengan sebuah persembahan terbaik sebagai penutup 2023.

Berjanji memberikan yang terbaik pada malam diberi nama Konsert Wings The Rock Emperor – Kuala Lumpur Chapter, Datuk Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman berkata, Wings disertai Eddie, Black, Edrie dan Syam kini sedang berada di fasa terakhir untuk memuntahkan energi rock menjelang malam konsert.

“Penonton akan dipertontonkan dengan persembahan yang tidak pernah disaksikan peminat Wings sebelum ini. Itu saya boleh janji.

SEDAR kudrat usianya sudah tidak seperti ketika muda, Awie kini masuk gimnasium untuk mendapatkan stamina maksimum menjelang konsert

Peminat ‘hardcore’

“Dari segi senarai lagu yang akan dimainkan nanti, memang lain daripada lain. Kita akan main lagu-lagu yang jarang didendangkan kepada umum.

“Bagaimanapun, kami yakin kalau mereka yang hadir nanti memang betul peminat Wings yang tegar, tidak menjadi masalah untuk mereka menyanyi bersama pada malam itu,” katanya kepada HibGlam pada sesi bersama media di Ampang, baru-baru ini.

Pada acara tersebut, Wings turut berkongsi ‘snippet’ latihan mereka menuju malam konsert nanti.
Git menjalani latihan, pada usia sekarang, Awie mengakui banyak perihal yang perlu digandakan agar dapat mencapai tahap stamina sewajarnya.

“Saya dan rakan-rakan sibuk tingkatkan stamina masing-masing. Sebab dah tua (ketawa).

“Saya sendiri dah masuk gimnasium balik, bukan nak buat badan semata-mata tetapi untuk dapatkan stamina. Energi sekarang bukan macam dahulu tapi kami akan melakukan yang terbaik,” jelasnya.

WINGs menjanjikan sebuah persembahan yang lain daripada yang lain pada Konsert Wings The Rock Emperor – Kuala Lumpur Chapter di Stadium Melawati, 16 Disember ini. – SADDAM YUSOFF

Senarai lagu ‘undercut’

Lagu-lagu yang bakal didendangkan pada malam konsert dikatakan berstatus ‘deepcut’ atau kurang dikenali peminat arus perdana, terutama daripada album Naga Keramat.

“Lagu-lagu macam Jumpa Pusing, Rantau Kebiruan dan Med-Re-Union. Itu peminat ‘hardcore’ Wings boleh jangkakan nanti.

“Lagu-lagu lain yang barangkali biasa mereka dengar juga akan dimainkan nanti.

“Ada segmen tribute yang akan diselitkan juga pada malam persembahan untuk band antarabangsa yang kami sangat terhutang budi seperti Loudness, Scorpion, Deep purple dan Cinderella,” jelas Awie.

Ditebak tentang kritikan diterima tentang bulat hati meneruskan konsert sementelah saudara seagama sedang bergelut dengan peperangan di Gaza, Palestin, Awie berkata, kehidupan harus diteruskan.

Konsert bukan sekadar medan hiburan dan seperti itu falsafah yang diteladani Awie dan rakan-rakan dalam Wings.

“Kalau tak buat kerja ini, kami tiada kerja lain. Kami tak boleh batal atau tangguhkan konsert ini sebab banyak perkara yang sudah berjalan.

“Kerja kami adalah menyanyi dan bermain muzik. Kehidupan perlu diteruskan. Apa pun jiwa kami tetap bersama Palestin,” ujarnya.

AWIE (tengah) memberi bayangan konsert pada 16 Disember nanti akan turut menyajikan seleksi lagu yang kurang sinonim dengan peminat.

Solidariti

Dedah Awie, pada malam konsert nanti ada banyak kejutan termasuk agenda berbentuk solidariti buat rakyat Palestin.

“Lagu yang kami akan nyanyikan nanti sudah dipopularkan seseorang. Cuma masa malam konsert nanti, kami akan mainkan balik untuk Palestin.

“Kalau nak buat lagi baharu memang dah tak cukup masa sebab saya sendiri dah ada dua buah lagu untuk Gaza yang belum dikeluarkan. Satu dah keluar dalam internet, satu lagi belum.

“Itu dua saya simpan dahulu tapi yang lagu untuk Palestin masa masa persembahan nanti macam ‘tribute’ untuk mereka yang bermati-matian berjuang buat negara tercinta.

“Insya-Allah dan sedikit doa untuk mereka pada hari kejadian di atas pentas itu sendiri,” jelas Awie panjang lebar.

Konsert Wings The Rock Emperor – Kuala Lumpur Chapter bakal berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 16 Disember ini.

Selain menawarkan harga istimewa RM125 untuk peminat di zon rock, penganjur juga memperkenalkan tiket harga Rahmah RM95 untuk dinikmati peminat kurang berkemampuan.

KMPULAN Wings kini giat berlatih dan meningkat stamina masing-masing menjelang konsert pada pertengahan bulan ini.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN