fbpx

Perhilitan pernah terima aduan harimau di lokasi lelaki Indonesia maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi mangsa yang ditemui di kawasan cerun bukit di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol, Gua Musang semalam. FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan pernah menerima aduan kehadiran harimau belang di kebun getah persendirian di Kampung Kuala Tol di sini, minggu lalu.

Kebun getah itu merupakan lokasi seorang lelaki warga Indonesia ditemui maut dalam keadaan mengerikan akibat dibaham harimau semalam.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, aduan mengenai kehadiran harimau belang itu diterima pihaknya melibatkan kawasan kebun getah persendiran itu pada 20 November lalu.

Menurutnya, tindakan siasatan di lokasi aduan telah dilakukan oleh kakitangan jabatan pada tarikh yang sama selain khidmat nasihat diberikan kepada pekerja supaya membersihkan kawasan kebun yang bersemak samun dan keluar bekerja secara berkumpulan.

“Haiwan liar yang menyerang seorang pekerja ladang getah warga Indonesia di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol di sini semalam disahkan merupakan spesis harimau belang (Panthera Tigris Jacksoni).

“Pengesahan spesis haiwan itu berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh anggota Perhilitan selepas mayat mangsa dibawa keluar oleh anggota polis dari lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, sehubungan itu, Perhilitan Kelantan sudah memasang 10 perangkap harimau dan perangkap kamera di kawasan hot spot aduan gangguan harimau belang di daerah ini bagi mengelakkan haiwan itu menyerang penduduk setempat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI