fbpx

Penduduk belasah dua lelaki berasmara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang menangkap pelaku menghayunkan kayu kepada salah seorang warga emas berkenaan sambil memarahi mereka. – Istimewa

JAKARTA  –  Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan beberapa penduduk memukul dua lelaki warga emas yang ditangkap sedang berasmara di dalam sebuah beca, lapor laman berita Detik hari ini.

Dalam video tersebut, seorang lelaki memakai baju hitam dilihat menghampiri sebuah beca tidak bergerak sambil memegang sebatang kayu.

Dia kemudian memukul beca tersebut menggunakan kayu sebelum dua lelaki separuh usia keluar daripada  kenderaan itu.

Salah seorang daripada mereka hanya memakai seluar, manakala seorang lagi tidak berpakaian.

Lelaki yang menangkap mereka kemudian menghayunkan kayu ke arah salah seorang warga emas berkenaan sambil memarahi mereka.

“Lelaki dengan lelaki rupanya,” katanya.

Menurut seorang penduduk setempat yang dikenali sebagai Roni, kejadian itu berlaku Ahad lalu sekitar pukul 9.30 pagi (waktu tempatan).

Menurutnya, seorang penduduk pada awalnya melihat beca itu bergoyang sebelum mereka membuat keputusan menyerbu kenderaan itu.

“Mereka dimarahi penduduk, namun nasib mereka selepas itu tidak diketahui,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Medan Barat, Komisioner Polis Rizki Amalia mengesahkan kejadian itu, namun berkata, penduduk tidak menyerahkan pelaku kepada polis. 

“Selepas ditangkap, dua lelaki itu dihalau begitu sahaja,” ujarnya. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI