fbpx

Mayat berbau ditemui dalam kereta selepas 12 jam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Bomba Penyelamat Batu Pahat melakukan kerja-kerja mengeluarkan mayat Lee Wee Sheng selepas ditemui dalam sebuah kereta di Jalan Rahmat di Sri Gading Batu Pahat, semalam

BATU PAHAT – Mayat seorang lelaki yang sudah berbau busuk ditemui dalam parit di Jalan Kampung Rahmat di Seri Gading di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, penemuan mayat itu dimaklumkan kepada pihaknya kira-kira pukul 10 pagi dan dipercayai kejadian berlaku lebih 13 jam daripada masa penemuan.

Katanya, siasatan awal mendapati dipercayai mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit di bahu jalan itu.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan bahagian dalaman badan menyebabkannya meninggal di tempat kejadian. Semakan juga mangsa yang bernama Lee Wee Sheng yang beralamat di Batu Pahat,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Shahrulanuar lagi, mayat kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI