fbpx

Mahkamah: Terlepas hukuman mati cekik isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

PUTRAJAYA – Seorang bekas pemandu lori terlepas hukuman mati setelah Mahkamah Rayuan hari ini menggantikannya dengan hukuman penjara 20 tahun kerana menyebabkan kematian isteri dengan cara mencekiknya, tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara meminda pertuduhan terhadap Satvender Singh daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304(a) kanun sama.

Mahkamah turut mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap Satvender, 36, atas kesalahan membunuh bayi perempuan mereka yang ketika kejadian berusia tujuh bulan.

Panel berkenaan tidak mempertikai dapatan pakar patologi bahawa bayi itu mungkin mati tersedak selepas susu ditemui dalam paru-parunya, bukan ditekup dengan bantal seperti intipati kes pendakwaan.

“Mahkamah mendapati tidak selamat untuk mengekalkan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh isterinya, kami menggantikannya dengan hukuman penjara 20 tahun,” ujar Hakim Vazeer Alam ketika menyampaikan keputusan itu.

Terdahulu, peguam bela perayu, Datuk Rajpal Singh memohon anak guam dipenjara 10 tahun atas alasan dia menyesal dan tidak akan mengulangi perbuatannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah sebaliknya memohon hukuman penjara minimum 20 tahun atas alasan kesalahan itu serius apabila wanita itu mati dicekik oleh suami sendiri dalam usia muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI