fbpx

K2

Hukum guna duit tabung masjid bayar elaun AJK, buat baju-T

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANG masjid merupakan suatu amanah yang perlu digunakan dengan jujur. – Gambar hiasan

Saya ingin bertanya tentang hukum menggunakan wang masjid untuk perkara berikut membayar elaun bulanan kepada pengerusi, setiausaha, bendahari, unit media, kerani dan pegawai tambahan masjid (imam, bilal, siak). Membekalkan baju korporat, baju Melayu dan baju-T dan aktiviti untuk semua ahli jawatankuasa dan pegawai masjid. Semoga dengan jawapan daripada pihak tuan dapat memberi panduan kepada kami untuk menggunakan dan menguruskan wang masjid dengan baik.

JAWAPAN: Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan, maka perkara-perkara berikut diharap dapat membantu bagi merungkai permasalahan diajukan;

Pertama: Pihak pengurusan masjid perlu teliti berkenaan dengan tujuan tabung itu diwujudkan.

Jika tabung diwujudkan atas dasar umum iaitu pengimarahan dan tidak diletakkan dengan sesuatu tujuan, maka penggunaan wang hasil kutipan itu boleh digunakan pada persoalan yang ditujukan. Jika tabung itu dikhususkan dengan suatu tujuan, maka hasil daripada tabung itu perlu dilaksanakan bersesuaian dengan tujuan tabung tersebut diwujudkan.
Contohnya seperti tabung yang diwujudkan untuk wakaf pembangunan, maka wang daripada tabung wakaf pembangunan hendaklah digunakan untuk pembangunan semata-mata tidak boleh untuk membayar bil, elaun dan sebagainya.

Kedua: Umumnya, tujuan utama diwujudkan tabung masjid adalah untuk mengumpul dana menjana aktiviti-aktiviti pengimarahan yang tidak terhad untuk program pengajian di masjid sahaja.

Oleh yang demikian, wang hasil kutipan masjid itu adalah harus dan boleh digunakan untuk membayar elaun pegawai masjid selain bil, membaiki kemudahan rosak dan pelbagai lagi kegunaan untuk kebajikan dan keselesaan para jemaah dan anak kariah selagi mana ia termasuk dalam kategori pengimarahan secara umum.

Ketiga: Penggunaan wang tabung masjid untuk menjayakan sesuatu program juga adalah harus. Ia termasuklah membiayai kos keseluruhan program dengan syarat tidak berlaku pembaziran dan penyelewengan pengurusan kewangan.

Setiap penggunaan wang masjid hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada AJK masjid dalam mesyuarat dan hendaklah direkodkan serta dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Qariyah.
Ia merupakan suatu amanah yang perlu dijaga dan dilaksanakan dengan jujur oleh sesiapa sahaja yang dilantik untuk menguruskan perjalanan, pengimarahan dan pembangunan sesebuah masjid.

Keempat: Adapun menggunakan wang tabung masjid untuk membekalkan baju korporat, baju Melayu dan baju-T, aktiviti untuk semua AJK dan pegawai masjid serta seumpamanya, dalam hal ini pihak masjid dinasihatkan supaya dapat mengenal pasti tujuan, keperluan serta faedahnya yang dapat dimanfaatkan kepada umum di samping mengambil kira kedudukan kewangan masjid.

Setelah dipersetujui oleh jawatankuasa masjid (dicatat dalam minit mesyuarat), maka membekalkan pakaian tersebut adalah harus dan jumlah perbelanjaan tersebut hendaklah dimaklum kepada anak kariah sebagai langkah mengelak sebarang pertikaian yang bakal timbul pada masa akan datang.

Namun begitu, tindakan mengelak daripada menggunakan tabung masjid dalam pembelian ini adalah lebih utama dengan berusaha mencari penaja kerana manfaatnya adalah sedikit iaitu hanya kepada individu terbabit sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI