fbpx

Anggota polis salah guna kuasa buat sekatan jalan raya akan disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Anggota polis yang melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) tanpa kebenaran atau melanggar garis panduan yang ditetapkan akan disiasat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, arahan atau Perintah Tetap Ketua Polis Negara (KPN) berhubung SJR adalah cukup terperinci daripada segi aturan dan sebagainya.

“Jika ada sebarang aduan atau perkara yang mungkin tidak puas hati, akan dilakukan siasatan oleh JIPS. Maknanya kita tidak sewenang-wenang membiarkan anggota kita melaksanakan tugas yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) mengenai dakwaan terdapat anggota polis melaksanakan SRJ tanpa mengikut garis panduan termasuk hanya menggunakan dua kon merah, di selekoh jalan atau kerap di tempat yang sama.

Menjawab soalan asal Hok Liong, Shamsul Anuar berkata, Sekysen 26 Akta Polis 1967 adalah mengenai kuasa kepada pegawai polis mendirikan SJR di atas jalan awam atau tempat awam untuk menjaga dan memelihara undang-undang atau menghalang atau mengesan jenayah.

Jelas beliau, bagi melaksanakan kuasa tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan garis panduan khusus untuk mengadakan SJR seperti yang ditetapkan dalam Perintah Tetap KPN.

“Dalam garis panduan ini menyatakan SJR didirikan berhampiran atau di hadapan balai polis atau di tempat strategik di mana pengguna jalan raya khususnya pesalah tiada ruang untuk membuat pusingan U atau mengelak dari sebelum sampai tempat sekatan. Bagaimanapun sekatan tidak boleh didirikan di tempat sama sepanjang masa.

“SJR turut ditetapkan didirikan di lokasi dimana kedua-dua belah jalan mempunyai ruang luas yang boleh digunakan sebagai tempat memeriksa dan tidak menyebabkan kesesakan jalan raya. Bagaimanapun perhatian patut diberi untuk menghalang kenderaan daripada menggunakan kedua-dua ruang ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI