fbpx

Anak derhaka tumbuk ibu dipenjara setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chon Tak ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini.

TELUK INTAN – Seorang buruh ladang sawit dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah menumbuk lengan kiri ibunya sehingga cedera, di Langkap dekat sini Isnin lalu.

Chai Chon Tak, 29, mengaku bersalah sengaja mencederakan ibu kandungnya, Hew Yoke Cheng, 50, di alamat No 2873, dalam bangunan pejabat DAP, Lorong Taman Langkap Jaya, Langkap, kira-kira pukul 3 petang, 27 November lalu.

Dia dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326 kanun sama.

Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan manakala Seksyen 326 kanun sama pula membawa hukuman penjara dua kali ganda dari tempoh maksimum pemenjaraan untuk kesalahan di bawah seksyen yang berkaitan.

Terdahulu, tertuduh yang masih bujang merayu memohon hukuman penjara minimum dari tarikh dia ditangkap.

Izzudin Fakri bagaimanapun memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana perbuatan itu dilakukan terhadap ibu kandungnya sendiri di khalayak ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI