fbpx

Wahab sahkan identiti ‘Mr. H’ pada polis – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faizal ketika ditemui pemberita selepas anak guamnya, Abdul Wahab selesai memberikan keterangan di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Abdul Wahab Abdul Kadir mengesahkan identiti ‘Mr. H’ ketika rakaman percakapan dibuat di Bukit Aman, di sini hari ini.

Difahamkan, Abdul Wahab tiba di Bukit Aman pada pukul 11.30 pagi dan rakaman percakapan tersebut selesai pada pukul 2.30 petang.

Wakil peguam Faizal Abd Rahman berkata, anak guamnya memberi keterangan dan mengesahkan bahawa identiti ‘Mr. H’ adalah individu sama seperti yang dilaporkan bekas Ketua Pengarah J-Kom, Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.

“Abdul Wahab telah mengesahkan identiti ‘Mr. H’ adalah orang yang sama pada pihak polis.

“Hari ini Abdul Wahab datang sebagai saksi berhubung laporan polis yang dibuat Prof Dr. Agus,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Bukit Aman hari ini.

Ketika ditanya mengenai identiti ‘Mr. H’, Faizal hanya memaklumkan individu tersebut bertugas di J-Kom, namun enggan mengulas lanjut.

Tambah Faizal, keadaan kesihatan Abdul Wahab stabil, namun lelaki itu masih memerlukan bantuan perubatan ekoran kemurungan yang dialami selepas kejadian tular tersebut.

Jelas beliau, Abdul Wahab akan membuat laporan polis terhadap ‘Mr. H’ dalam masa terdekat.

“Abdul Wahab akan buat laporan polis sama ada esok atau lusa, tak tahu lagi di (balai polis) mana, namun dijamin akan selesaikan secepat mungkin.

“Dia (Abdul Wahab) masih lagi dalam ketakutan, tetapi keadaannya stabil,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Wahab dilaporkan mengalami kemurungan dan memerlukan sedikit masa untuk hadir memberi keterangan kepada polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pihaknya berusaha menjejaki Abdul Wahab selepas usaha menghubungi pegawai itu gagal apabila telefon bimbitnya dimatikan.

“Kita sedang mengesannya kerana dia saksi penting dalam siasatan ini,” ujarnya.

Pada 17 November lalu, Abdul Wahab dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Bangi mendedahkan tindakannya merakam perbualan berunsur lucah bersama Mohammad Agus didalangi seorang individu dikenali sebagai ‘Mr H’.

Susulan kenyataannya itu, polis memanggil individu dipercayai ‘Mr. H’ yang dimaksudkan bagi dirakam keterangan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI