fbpx

Ter dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah HRD Corp. baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ter.

PUTRAJAYA – Tokoh perniagaan, Tan Sri Ter Leong Yap dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau lebih dikenali sebagai HRD Corp. yang baharu.

Pelantikan Ter yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri telah diumumkan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar hari ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia, Ter mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaya.

“Selain aktif dalam bidang perniagaan, beliau juga lantang memperjuangkan isu perpaduan nasional dan kebajikan sosial masyarakat.

“Atas sumbangan itu, beliau telah dinobatkan sebagai Duta Perpaduan Nasional oleh Jabatan Perpaduan Nasional dan Integriti (JPNIN) bagi tahun 2016,” katanya di sini tadi.

Jelas kenyataan itu, Ter kini merupakan Pengerusi Eksekutif Sunsuria Berhad di mana bawah kepimpinan beliau syarikat itu telah berkembang daripada sebuah syarikat kecil kepada entiti besar dalam industri pembangunan hartanah, kesihatan, pendidikan dan pembinaan

“Selain itu, beliau juga telah membawa Sunsuria untuk disenaraikan di pasaran saham Bursa Malaysia.

“Susulan itu, Menteri Sumber Manusia mengalu-alukan kedatangan Ter sebagai Pengerusi Lembga Pengarah HRD Corp. dan menyifatkan ia akan membawa organisasi ini ke tahap yang lebih tinggi dalam meneraju agenda pembangunan modal insan negara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI