fbpx

Runtuhan gudang: MBPP keluar notis henti kerja serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBPP keluarkan nots henti kerja serta-merta susulan tragedi runtuhan di projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas.

BALIK PULAU – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengeluarkan notis henti kerja serta-merta (stop work order) bagi projek pembinaan gudang yang terlibat dengan kejadian runtuhan di Batu Maung, malam tadi.

Datuk Bandar MBPP, Datuk Ir A Rajendran berkata, perintah berhenti kerja itu dikeluarkan awal pagi tadi kepada pihak pemaju dan juga jurutera projek berkenaan.

“MBPP telah mengeluarkan notis henti kerja serta merta awal pagi ini kepada pemaju dan jurutera projek yang terlibat dengan kejadian runtuhan ini.

”Jurutera perunding projek ini juga telah berada di tapak projek untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa berkaitan kerja-kerja menyelamat dan pemulihan,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, MBPP sebelum ini telah memberi kebenaran kepada pemaju projek untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan pada waktu malam.

”Ini adalah ‘fast track’ projek dan projek ini berada di landasan yang betul (projek on track). MBPP juga telah beri kebenaran untuk kerja-kerja projek ini diteruskan pada waktu malam kerana lokasinya di luar kawasan perumahan,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai jumlah mangsa yang masih tertimbus, beliau berkata, kemungkinan empat mangsa masih tertimbus dan usaha mencari serta menyelamat masih diteruskan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI