fbpx

Penumpang buka pintu kecemasan, lompat dari pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu ditahan selepas berlari di landasan. - @zedweb08/TMX/SWNS

BATON ROUGE, LOUISIANA – Seorang lelaki di Louisiana ditahan selepas membuka pintu kecemasan sebuah pesawat lalu memanjat sayapnya untuk melarikan diri sebelum ia berlepas, lapor akhbar New York Post semalam.

Pejabat Syerif Jefferson Parish melaporkan bahawa lelaki itu ditahan petang Ahad lalu selepas keluar dari pintu kecemasan dan berlari di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Louis Armstrong New Orleans.

Ketika kejadian, pesawat milik syarikat penerbangan Southwest Airlines itu masih berada di terminal dan bersiap sedia untuk berlepas.

Gambar yang dirakam di lokasi kejadian memaparkan pintu kecemasan pesawat terbuka, manakala lelaki tersebut diiring polis dengan tangan bergari.

Saksi berkata, lelaki itu memanjat sayap pesawat sebelum melompat ke landasan. Dia kemudian cuba mencuri sebuah trak pekerja di landasan sebelum dihalang pihak berkuasa.

Dia dipercayai mengalami ‘kecemasan kesihatan mental’. Selepas mengalami kelewatan, pesawat itu akhirnya berlepas ke Atlanta dan meneruskan destinasi akhir di Baltimore. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI