fbpx

Penduduk guna Honda EX5 ganti bot redah banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazri (tengah) menunggang motosikal Honda EX5 yang diubah suai untuk meredah banjir di Kampung Serongga, Pasir Mas semalam. – ROHANA ISMAIL

PASIR MAS – Seorang remaja dari Kampung Serongga meng­ubah suai motosikal jenis Honda EX5 miliknya bagi membolehkan kenderaan itu mengharungi air untuk membantu memindahkan penduduk yang terjejas pada musim tengkujuh.

Nazri Kamaruzaman, 16, berkata, dia melakukan modifikasi pada kenderaan itu dengan menggunakan hos pada mesin basuh yang disambung pada bahagian karburetor.

“Selain itu, saya turut menukar tayar motosikal kepada tayar motorcross selain meninggikan struktur kenderaan tersebut,” katanya ketika ditemui semalam.

Nazri memberitahu, dia me­lakukan kerja-kerja pengubahsuaian seorang diri dengan kos hampir RM1,000 untuk kegunaan semasa musim banjir.

Kenderaan dua roda itu boleh meredah air setinggi hampir satu meter dan masih boleh bergerak tanpa sebarang masalah.

“Motosikal ini merupakan pengangkutan yang sesuai digunakan pada musim banjir kerana sebahagian jalan ke kampung saya sudah terputus akibat dinaiki air.

“Jadi, bot tidak boleh digunakan sepenuhnya ke sini, jadi penduduk hanya menunggang motosikal untuk meredah air,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Pa’Adek Abdullah, 55, membe­ritahu, ramai pemuda di kampung tersebut mula mengubah suai motosikal masing-masing untuk meredah banjir.

Tambahnya, daya pemikiran kreatif golongan itu sekali gus dapat dapat membantu membawa penduduk yang terjejas ke kawasan selamat apabila jalan utama dinaiki air.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI