fbpx

Kerajaan Perpaduan raih komitmen pelaburan RM347 bilion selepas setahun mentadbir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia berjaya meraih komitmen pelaburan sebanyak RM347 bilion selepas setahun Kerajaan Perpaduan menerajui pentadbiran negara.

Menjelaskan kejayaan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia adalah hasil daripada lawatan kerja luar negara seperti di China, Singapura, Jepun, Korea Selatan, UAE, Arab Saudi dan Amerika Syarikat serta usaha agensi-agensi kerajaan sepanjang tahun ini.

Malah katanya, bagi separuh pertama tahun ini juga, Kerajaan telah meluluskan pelaburan bernilai RM132.6 bilion iaitu melebihi 60 peratus daripada sasaran 2023.

“Yang utama, ialah ekonomi kita berkembang sepertimana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga dengan pertumbuhan 3.3 peratus berbanding 2.9 peratus suku kedua tahun ini.

“Ekonomi kita juga berkembang 3.9 peratus pada sembilan bulan pertama 2023 selari dengan unjuran KDNK sekitar empat peratus,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI