fbpx

‘Bangun angah, kami perlukan angah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wah Shahrizat Azwan bersama anaknya, Wan Sabeena Arisha.

PETALING JAYA – “Angah, bangunlah. Kami semua perlukan angah”.

Itulah luahan kakak kepada Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril, 28, yang kini dalam keadaan kritikal selepas melecur hampir di seluruh anggota badan selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 69, Jalan Kota Bharu-Gua Musang Isnin lalu.

Menerusi sebuah hantaran di TikTok @eikatiqah9023, dia berkongsi sekeping gambar memaparkan Wan Shahrizat sedang memangku anaknya, Wan Sabeena Arisha Wan Shahrizat, 7 bulan, yang terkorban dalam kemalangan tersebut.

“Angah bangunlah, kami semua perlukan angah. Angah kena kuat demi Eyfa,” tulis kapsyen pada hantaran tersebut.

Dalam hantaran berbeza di akaun TikTok itu, Eika turut meminta agar orang ramai menghormati perasaan ahli keluarganya dengan tidak menyebarkan cerita yang tidak benar berkenaan kejadian itu.

“Sedekahkan Al-Fatihah buat arwah anak saudara saya dan tolong doakan adik saya yang masih kritikal. Semoga angah kuat, yang mana sebarkan cerita tak betul itu tak perlu nak sebarkan.

“Baby (Wan Sabeena Arisha) tak duduk di dalam ‘carseat’ pun, dia duduk di atas riba ibunya dan adik saya tidak mengantuk. Jadi, tolong jangan sebarkan benda yang betul, hormat perasaan keluarga kami,” tegasnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Wan Shahrizat Azwan masih kritikal dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ), Kota Bharu.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, kereta jenis Honda Jazz yang dipandu Wan Shahrizat Azwan terbakar selepas merempuh pembahagi jalan.

Kemalangan berkenaan turut menyebabkan isterinya, Nur Hafisah Razmi, 25, mengalami luka pada kepala, muka dan kedua-dua belah kaki masih dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP). – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI