fbpx

Trend etnik Rohingya ‘masuk’ tinggi pada Disember, Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vincent ( kanan) mendengar penerangan mengenai Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023 di atas Kapal Maritim (KM) Pekan di Perairan Laut Klang, hari ini

KLANG – Trend kemasukan etnik Rohingya secara haram ke mana-mana negara dikesan sentiasa berlaku pada Disember dan Januari setiap tahun.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Pertama Maritim R. Vincent berkata, pihaknya bagaimanapun belum menerima sebarang maklumat terhadap pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) tersebut selepas diusir dari Aceh sebelum ini.

Katanya, kesiapsiagaan sentiasa dipertingkatkan terutama bagi kawasan Maritim di sebelah utara Semenanjung.

“Setakat ini, kita belum kesan (kemasukan PATI Rohingya itu). Jika ada, memang Maritim Malaysia khasnya sebelah Langkawi dan Pulau Pinang bersiap sedia untuk diatur gerak.

“Kita pun faham pattern ini, kalau dikaji beberapa tahun kebelakangkan ini (terutama) bulan Disember dan Januari, itulah selalunya mereka masuk.

“APMM pun telah nampak benda ini dan sebenarnya kita sudah ready (bagi kekang kemasukan PATI Rohingya itu),” katanya pada sidang akhbar pada Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023 di perairan laut Klang, hari ini.

Sebelum ini, laporan antarabangsa melaporkan tiga buah bot sarat dengan 500 pelarian Rohingya mendarat di bahagian paling Barat Indonesia selepas kedatangannya sebelum ini diusir penduduk tempatan.

Menurut agensi pelarian PBB, ia adalah satu daripada pendaratan terbesar sejak etnik tersebut dikenakan tindakan kertas ketenteraan di Myanmar pada 2017.

Pendapatan terbaharu itu menjadikan jumlah pelarian Rohingya yang mendarat di Wilayah Aceh kini berjumlah lebih 800 orang pada minggu lepas sahaja. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI