fbpx

Masih ada Alif setia, menjadi harapan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran dimuat naik AEON Retail Malaysia pada Facebook.

PETALING JAYA – Selain selebriti serba boleh, Alif Satar yang diusik sebagai harapan tunggal negara, Malaysia sebenarnya masih mempunyai Alif lain yang kekal setia, bahkan boleh didapati di pasar raya seluruh negara.

Menerusi hantaran dibuat oleh AEON Retail Malaysia di media sosial, Alif yang dimaksudkan pemilik pasar raya terkemuka tersebut ialah minyak masak sawit botol 5 kilogram (kg) jenama Alif.

“Teega kah awak tak ke AEON dan memilih yang ini? Yang ini tak perlu dua, satu pun dah cukup. Boleh didapati di AEON berdekatan anda,” menurut hantaran itu semalam.

Terdahulu, nama Alif menjadi bualan selepas pempengaruh media sosial, Alif Teega membuat pengakuan berpoligami atau berkahwin dua.

Isteri pertamanya iaitu Aisyah Hijanah meredai perkahwinan kedua suaminya dan turut mendoakan kebahagiaan mereka.

Susulan itu, Alif Satar turut ‘dipetik’ netizen sebagai satu-satunya lelaki bernama Alif bebas kontroversi murahan termasuk tidak sesekali menduakan isterinya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI