fbpx

Eastana Exclusive sasar jualan baju Melayu sebanyak RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Aminah (tengah) pada majlis pelancaran koleksi terbaharu Eastana Exclusive di Kaula Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Trend ramai yang suka membuat persediaan membeli-belah untuk persiapan hari raya tahun depan memberi peluang kepada Eastana Exclusive menawarkan koleksi baju Melayu tradisional dewasa yang dinamakan sebagai Royale dan Crown Prince dan juga koleksi teluk belanga untuk siri Majesty.

Syarikat juga melancarkan koleksi kurta dan juga Eastana Kids yang menawarkan pelbagai baju Melayu kanak-kanak untuk melengkapkan perayaan Aidilfitri nanti.

Pengarah Eastana Exclusive, Datuk Siti Aminah Ahmad berkata, ini adalah kali pertama syarikat memperkenalkan koleksi terbaharu ini di pasaran dan berharap ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Kami mengunjurkan kira-kira 200,000 helai baju Melayu pelbagai jenis bakal dijual bermula hari pelancarannya sehingga tahun depan,” katanya pada majlis pelancaran terbaharu koleksi baju Melayu di sini baru-baru ini.

 

Siti Aminah menjelaskan, sebanyak 40 warna menarik dengan harga jualan di bawah RM200 sehelai itu disediakan bagi memenuhi keperluan dan meme­riahkan lagi sambutan hari raya para pelanggannya.

“Kami menjangkakan sasaran jualan bakal mencecah kepada RM10 juta pada tahun pertama ini,” jelasnya.

Eastana Exclusive boleh didapati di tiga cawangan utamanya di Bangi, Shah Alam dan Johor Bahru. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI