fbpx

ATM agih sumbangan, bantuan kebajikan lebih RM700,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang pelajar yang menerima biasiswa tajaan LTAT dalam sebuah majlis sumbangan di Kuala Lumpur, Selasa lalu.

KUALA LUMPUR – Lebih RM700,000 sumbangan dan bantuan kebajikan diagihkan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menampung kos kehidupan mereka selain membuktikan keprihatinan kepimpinan Kementerian Pertahanan terhadap keperluan komunitinya.

Seramai 40 penerima diraikan dalam satu majlis pemberian sumbangan di sini, pada Selasa lalu yang terdiri daripada golongan asnaf dan ibu tunggal.

Turut berada dalam senarai penerima adalah orang kurang upaya (OKU) yang terpilih daripada kalangan anggota ATM, ahli Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (Kakep), ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) dan Veteran ATM.

Dalam pada itu, seramai tiga pelajar yang merupakan anak kepada veteran ATM telah berjaya menerima biasiswa tajaan di bawah Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) – IIUM Ummatic.

Thaqif Elman Nazmeen (tengah, depan) merupakan antara penerima manfaat Program Simpanan Pendidikan Madani dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Turut diberikan juga sumbangan RM50 secara ‘one-off’ kepada 9,355 anak-anak ATM tahun satu bagi sesi persekolahan 2024 dengan nilai keseluruhan RM467,750.

Kementerian Pertahanan juga tidak terkecuali menyalurkan sumbangan berjumlah RM300,000 dalam bentuk bantuan kebajikan kepada anak-anak ATM yang menghidap autisme, dysparaxia, masalah pembelajaran, mild autism dan down syndrom. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI