fbpx

Cita-cita saya nak jadi mufti, bukannya doktor – Dr. Noor Hisham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Dr. Noor Hisham ketika ditemu bual sebuah stesen radio tempatan

PETALING JAYA – Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mendedahkan beliau tidak pernah berniat untuk menjadi seorang doktor.

Menurutnya, ketika di bangku sekolah, beliau lebih berminat untuk menjadi seorang pegawai agama ataupun seorang mufti.

“Bagaimanapun, ketika saya belajar di Kolej Islam Klang, saya dimasukkan ke dalam kelas aliran sains. Pada masa itu, saya tidak pasti sebab saya ingin masuk aliran sastera dan belajar agama.

“Namun, ustaz saya kata tak boleh. Katanya, kita sudah ada ramai pelajar dalam bidang agama. Tetapi sekarang kita tidak mempunyai doktor yang mencukupi,” katanya dalam satu sesi temu bual bersama sebuah stesen radio tempatan.

Menurut Dr. Noor Hisham, galakan daripada ustaz tersebut merupakan antara sebab utama beliau terus belajar dalam bidang sains dan kini bergelar seorang doktor.

“Mungkin ustaz saya nampak lebih jauh. Dia tahu bakat saya boleh digunakan ke arah lebih baik dalam bidang lain,” katanya.

Menurutnya, ramai orang tidak tahu beliau bukanlah berasal daripada keluarga yang berada dan telah dibesarkan sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga cina.

Tambahnya, selepas beliau diambil sebagai anak angkat, ibu bapanya berpisah.

Tidak lama kemudian, ibu angkatnya memeluk Islam ketika beliau berusia sekitar tiga atau empat tahun.

“Jadi, pendedahan saya terhadap budaya lain menjadi semakin luas. Akhirnya, saya diambil sebagai anak angkat oleh seorang ustaz,” ujarnya.

Menurut Dr. Noor Hisham, beliau memandang setiap pengalaman dalam hidupnya sebagai satu kelebihan yang membolehkannya memahami setiap budaya dan agama dengan lebih mendalam.

“Secara tidak langsung, ia juga membantu saya memahami dan berkomunikasi dengan rakyat daripada pelbagai latar belakang ketika bekerja sebagai doktor,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI