fbpx

Abang Tesla nasihat para isteri rajin-rajin tengok telefon suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video nasihat Abang Tesla.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial yang terkenal sebagai ‘Abang Tesla,’ atau nama sebenarnya Mohammad Khaliltizam Yusri, mengingatkan golongan isteri untuk lebih berhati-hati terhadap tingkah laku suami mereka.

Abang Tesla menegaskan bahawa banyak suami yang kelihatan baik di hadapan isteri mereka tetapi menjalin hubungan dengan wanita lain, walaupun sudah berkahwin.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Abang Tesla memberi nasihat kepada para isteri untuk tidak mudah percaya kepada sikap baik suami mereka tanpa mengambil langkah berjaga-jaga.

“Untuk isteri di luar sana, jangan rasa suami itu baik di depan anda tapi kononnya tiada yang lain. Ramai kawan-kawan saya seperti itu.

“Para isteri perlu berhati-hati, pergi tengok telefon pasangan anda, tengok lokasi dia di mana. Buat panggilan video kalau rasa tidak percaya, lebih-lebih lagi yang selalu ‘out station’,” katanya.

Abang Tesla juga memberikan amaran kepada lelaki yang praktik poligami, menekankan bahawa mereka tidak sepatutnya merasa diri mereka lebih hebat apabila mempunyai lebih dari satu isteri.

Dia menyeru agar golongan lelaki tersebut menyedari tanggungjawab berat yang datang bersama poligami dan melaksanakannya dengan baik.

“Untuk lelaki pula, jangan rasa terpaling baik dan terpaling bagus. Kena istiqamah sama-sama. Laksanakan tanggungjawab dengan baik, jangan salahkan orang lain,” ujarnya.

Video nasihat Abang Tesla telah mendapat perhatian ramai di media sosial dan menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI