fbpx
Gambar hiasan

Abang Tesla, Aliff Teega lelaki bertuah beristeri 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KISAH cerai-berai, nikah kahwin, khususnya melibatkan golongan selebriti walaupun dianggap klise, itulah antara bacaan popular yang digemari ramai.

Sebenarnya, tiada solusi atau jawapan yang benar-benar sahih selain mahkamah memutuskan sah jatuh talak atau tok kadi lafaz sah nikah, tetapi ‘orak-arik’ (kacau-bilau) tentang cerai atau nikah, mudah menangkap perhatian.

Sekarang, ketika tahun 2023 diam-diam merangkak hampir tamat. Sekitar sebulan sahaja lagi kitab 2023 bakal ditinggalkan, tiba-tiba Mawar Rashid dan Raf Yaacob yang sempat menyelit masuk senarai artis cerai.

Kisah artis mengikat janji dengan tali perkahwinan juga tidak terkecuali seperti tiba-tiba ada khabar dari seberang tentang perancangan bintang popular Bunga Citra Lestari bakal menamatkan status ibu tunggal dengan seorang ahli perniagaan bergelar duda anak tiga. Mahu lebih, tunggu perinciannya tidak lama lagi.

Selain kisah dua emosi berbeza dua wanita bernama ‘bunga’ itu, dunia media sosial sebenarnya sedang dikejutkan dengan gejolak rumah tangga pasangan pensohor media media sosial, Aisyah Hijanah dan suami suami, Aliff Teega.

Petang Ahad si suami yang selama ini sinonim dengan konten kerohanian berbaur motivasi mencari bahagia memecah hening dengan pengakuan sudah berkahwin dengan wanita lain. Tujuan pengakuan dibuat bagi mengelak fitnah dan enggan perkahwinan jadi buah mulut orang. Aisyah yang mulanya berpesan kepada khalayak agar tidak bercakap buruk tentang suami dan madunya mula muncul dengan status mengundang, ‘suami hanya pinjaman Tuhan’.

Sebenarnya sejak awal tahun lagi, rumah tangga pensohor media dikatakan bergolak akibat penyakit ain kononnya Aliff sedang digoda seorang wanita.

Lebih malang juga, selepas pengakuan Aliff, mulalah bertebaran bertebaran tuduhan tentang kecurangan dan kekasaran yang pernah dilakukannya terhadap Aisyah walhal si isteri sedang hamil anak ketiga.

Kisah Aliff Teega sebenarnya mengingatkan ramai terhadap Abang Tesla, juga pensohor media yang bernikah dua tidak lama dahulu. Kebetulan pula, kedua-duanya memiliki huruf pangkal nama sama, A dan T, seorang Aliff Teega seorang lagi Abang Tesla. Dua-dua juga beristeri dua. Nama Aliff juga unik, ada sahaja onar.

Jika Abang Tesla mengeluarkan ungkapan isteri pertama dihargai, isteri kedua dicintai, Aliff Teega pula mendedikasikan ucapan terima kasih buat Aisyah yang disifatkan sebagai wanita pilihan

Allah yang kuatnya sungguh luar biasa. Hebat sekali pujian Alif Teega buat ‘Jannah’ pertamanya.

Apa pun, sedamai mana maksud tersirat di sebalik istilah ‘gwhencana’ (saya okey) yang menjadi latar perkongsian mana-mana individu berhati walang termasuk isteri pertama Abang Tesla baru-baru ini, semua itu sukar ditebak. Tertulis okey atau terlihat ceria padahal hampir gila! Hakikatnya, hidup bermadu itu jauh tidak terbayang hanya dengan membaca kisah tular. Mahu rasa sendiri? Minta simpang ya puan-puan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN