fbpx

51 kes cubaan seludup PATI dipatahkan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vincent (tengah) ketika sidang akhbar di atas Kapal Maritim (KM) Pekan di Perairan Klang, hari ini.

KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mengagalkan sebanyak 51 kes cubaan menyeludup masuk di sekitar Perairan Selat Melaka sepanjang tahun ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelerasan Maritim, Laksamana Pertama Maritim R. Vincent berkata, ini melibatkan bagi penyeludupan masuk 413 pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini secara keseluruhannya.

Katanya, APMM sentiasa memastikan zon maritim negara ini terkawal daripada aktiviti dan ancaman jenayah rentas sempadan.

“Rondaan dan operasi secara berterusan sentiasa dilakukan agar aktiviti penyeludupan termasuk PATI, rompakan, pencerobohan bot nelayan asing dan kontraban melalui jalan laut secara haram dapat dipatahkan kami.

“Ini seterusnya menunjukkan iltizam Maritim Malaysia terhadap keselamatan negara khususnya di perairan negara,” katanya ketika ditemui pemberita pada Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023 di perairan laut Klang, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik negeri atau lokasi cubaan penyeludupan PATI tersebut.

Vincent menjelaskan, perisikan APMM juga sentiasa dipertingkatkan dalam menghidu mana-mana penyeludup yang menggunakan jalan tikus bagi tujuan jenayah tersebut.

Tambahnya, ini diperkuatkan lagi dengan bantuan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) bagi memantau dan mengesan pergerakan bot atau vessel yang mencurigakan di perairan negara ini.

Ketika mengulas mengenai Eksesais Maritim Perkasa Barat itu, Vincent memaklumkan ia telah bermula sejak 26 November lalu sehingga 3 Disember ini dengan melibatkan kekuatan seramai 500 pegawai dan anggota AMM dari daerah ini sehingga Langkawi, Kedah.

“Sebanyak 15 buah kapal turut digerak atur termasuk daripada Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV), Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPC) dan dua helikopter Agusta Westland merentasi sepanjang 630 batu nautika Perairan Selat Melaka.

“Latihan ini bagi meningkatkan kecekapan, koordinasi, anggota dan pegawai APMM dan keupayaan aset termasuk sebuah OPV baharu yang akan diterima nanti,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI