fbpx

Tiada kesan dera pada empat beradik ‘dihalau’ nenek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT beradik yang ditinggalkan di sebuah pondok pengawal di hadapan Kompleks Pentadbiran Perak Tengah baru-baru ini

IPOH – Tiada kesan penderaan terhadap empat beradik berusia 11 tahun hingga 10 bulan yang ditinggalkan di pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Perak Tengah dekat Kampung Gajah, Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan dan operasi negeri, Salbiah Mohamed berkata, keputusan itu berdasarkan hasil pemeriksaan pakar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Kita telah hantar empat beradik itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Berdasarkan rekod perubatan, tiada (kesan dera). Mereka hanya ditinggalkan di situ (pondok pengawal) sahaja.

“Buat masa ini, kanak-kanak itu masih berada di hospital sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapatkan perintah mahkamah untuk menempatkan mereka di institusi penjagaan di bawah seliaan jabatan itu,” katanya selepas merasmikan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 peringkat negeri Perak di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya sedang mengesan ibu bapa atau waris terdekat empat beradik berkenaan bagi membantu siasatan.

Setakat ini katanya, tiada mana-mana pihak yang tampil berhubung dengan JKM termasuk daripada individu yang dikatakan sebagai nenek kepada empat kanak-kanak malang itu. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI