fbpx

Tetamu tak diundang makan ‘free’, minta tuan rumah halalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Individu tersebut membuat pengakuan menerusi nota yang diletakkan di dalam sampul wang. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan  seorang tetamu tidak diundang datang makan secara percuma di sebuah majlis perkahwinan sebelum meminta izin daripada tuan rumah, lapor laman berita Okezone semalam.

Individu tersebut mengaku bahawa dia hadir ke majlis tersebut tanpa dijemput serta membuat pengakuan menerusi nota yang diletakkan di dalam sampul wang.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan di platform TikTok itu, individu berkenaan menjelaskan bahawa dia merupakan seorang perantau yang menumpang makan kerana mempunyai masalah kewangan.

“Saya ialah tulang belakang keluarga dan tidak mempunyai wang mencukupi ketika ini. Saya perlu berjimat agar keluarga saya di kampung dapat makan dan hidup selesa.

“Saya meminta izin untuk makan di majlis anda. Saya juga meminta maaf kerana hanya boleh mendoakan pasangan pengantin. Mohon ikhlaskan makanan yang telah saya makan,” tulisnya dalam nota tersebut.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Begitulah orang yang mempunyai adab. Dia tahu bahawa dia tidak diundang, jadi dia meminta izin daripada tuan rumah,” kata seorang netizen.

“Lebih ‘respect’ orang begini, daripada yang memberi sampul wang kosong,” ujar netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI