fbpx

Tetamu majlis perkahwinan dapat hadiah anak ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak ayam itu dibungkus satu-persatu di dalam kotak untuk dijadikan buah tangan kepada tetamu. - @barbie.sin

JAKARTA – Sebuah video tular di laman sosial memaparkan tetamu yang hadir ke sebuah majlis perkahwinan menerima buah tangan unik untuk dibawa pulang, lapor portal berita Wolipop semalam. 

Lebih mengejutkan kerana buah tangan tersebut merupakan anak ayam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @barbie.sin, puluhan kotak hadiah berwarna coklat diisi dengan anak ayam.

Anak-anak ayam itu pula memiliki pelbagai warna seperti jingga, merah jambu, hijau, kuning dan lain-lain.

Kejadian berlaku di Mojosari, daerah Mojokerto, wilayah Jawa Timur. 

Video berkenaan mendapat jumlah tontonan lebih daripada 1.4 juta.

“Buah tangan yang sangat berguna,” kata seorang pengguna laman sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI