fbpx

Tetamu majlis perkahwinan dapat hadiah tilam 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tilam berlipat yang diberikan kepada para tetamu itu berupa beberapa corak termasuk jenama terkenal seperti Louis Vuitton. - TIKTOK @mas_kemon03

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan detik tetamu yang hadir ke sebuah majlis perkahwinan menerima buah tangan yang unik, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @mas_kemon03, tetamu undangan dilihat memegang tilam berlipat.

Tilam tersebut memiliki pelbagai corak seperti kotak, polkadot, karakter kartun sehinggalah kepada corak menyerupai jenama terkenal seperti Louis Vuitton. 

Kejadian berlaku di daerah Sidoarjo, Jawa Timur. 

Video berkenaan mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.5 juta.

“Buah tangannya mewah,” kata seorang pengguna laman sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI