fbpx

Melaka beri bonus setengah bulan gaji, minimum RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF (tengah) ketika sidang akhbar selepas membentangkan Belanjawan 2024 Negeri Melaka pada Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM2,000 kepada kira-kira 4,400 penjawat awam di negeri ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pembayaran itu turut melibatkan kakitangan berstatus kontrak dengan implikasi kewangan sebanyak RM10 juta.

Kata beliau, pembayaran akan dibuat dua kali iaitu pada Februari dan Mac tahun depan.

“Pemberian bonus tersebut sebagai menghargai jasa penjawat awam yang telah menggerakkan pentadbiran kerajaan negeri sepanjang tahun ini dan hasil rundingan kita bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan.

“Maka kita umumkan minimum bonus yang kita berikan adalah RM2,000 atau setengah bulan gaji,” katanya pada sidang akhbar selepas membentangkan Belanjawan 2024 Negeri Melaka pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Ab. Rauf, sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam beberapa inisiatif turut dilaksanakan seperti meneruskan Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) kepada penjawat awam bertaraf tetap berumur 45 tahun ke atas dengan implikasi kewangan hampir RM1 juta.

“Kerajaan negeri juga memanjangkan kemudahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada kakitangan lantikan kontrak.

“Ia termasuklah lantikan Kontrak Untuk Perkhidmatan (CFS) Jabatan Negeri, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dengan implikasi kewangan hampir RM178,000,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI