fbpx

Data peribadi rakyat dijamin selamat melalui IDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil dan Presiden Management & Science University (MSU), Prof. Tan Sri Datuk Dr. Mohd Shukri Ab. Yajid (paling kiri), melawat gerai pameran pada Majlis Pelancaran Seminar Transformasi dan Inovasi Digital Malaysia-Jepun 2023, di MSU Shah Alam, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

SHAH ALAM – Data peribadi individu menerusi pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) dijamin selamat dan hanya akan diseragamkan menerusi satu platform.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kementerian mengambil maklum tindakan pihak tertentu cuba menakutkan rakyat di media sosial mengenai pelaksanaan inisiatif itu sejak kebelakangan ini.

Tegas beliau, pelaksanaan IDN bukan satu usaha atau dasar baharu namun telah diumumkan bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada 2021.

“Menerusi dasar itu, data rakyat Malaysia akan selamat daripada dicuri pihak yang berniat jahat kerana ia dapat dikawal dengan amat rapi dan rapat.

“Selain itu, ia akan mengurangkan kos bagi pembangunan aplikasi dan diseragamkan menerusi IDN tersebut kelak,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Transformasi Digital dan Inovasi Malaysia-Japan di Management & Science University (MSU) di sini, hari ini.

Minggu lalu, kerajaan meluluskan peruntukan awal RM80 juta kepada pembangunan IDN yang akan dilaksanakan Mimos Berhad (Mimos) iaitu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Tambah beliau, inisiatif yang diusahakan Mimos dengan kerjasama beberapa agensi lain itu sudah digunakan di negara lain seperti Estonia, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). -KOSMO!ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI