fbpx

CryptoDATA RNF hilang tempat di MotoGP 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK Razlan Razali meraikan kejayaan selepas Raul Fernandez berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima di Grand Prix Valencia semalam.

PETALING JAYA – Masa depan pasukan CryptoDATA RNF dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) tahun depan boleh dikatakan telah berakhir sepenuhnya selepas Jawatankuasa Pemilihan MotoGP telah ‘melucutkan’ penyertaan pasukan tersebut.

MotoGP dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa FIM, IRTA, dan Dorna telah memutuskan tidak akan memperbaharui kontrak pasukan CryptoDATA RNF MotoGP selepas berlaku pelanggaran kontrak secara berulang dan menjejaskan imej MotoGP.

“Jawatankuasa Pemilihan akan meneliti permohonan untuk pasukan ‘Independent’ baharu, menggunakan jentera Aprilia bagi menyertai grid kelas MotoGP bagi tahun 2024.

“Maklumat lanjut mengenai perkara tersebut akan menyusul,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Baru-baru ini, Datuk Razlan Razali telah memberi bayangan untuk meninggalkan pasukan CryptoDATA RNF selepas dikatakan diberikan tekanan oleh pemegang saham berikutan prestasi dan keputusan kewangan yang teruk.

Ketika ini, pasukan CryptoDATA RNF yang dikatakan dilanda masalah keewangan kemungkinan bakal diambil alih oleh pelabur dari Amerika Syarikat iaitu bekas pemandu NASCAR, Justin Marks dan Trackhouse Entertainment Group.

Bagaimanapun, Razlan ketika ini masih memegang 40 peratus saham dalam pasukan itu dan 60 peratus lagi dipegang oleh CDT SPORTS AND MEDIA SRL. -KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI