fbpx

10 tahun belum tentu mampu letak pelumba Malaysia dalam kelas MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZLAN

PUTRAJAYA – Ketua pasukan CryptoDATA RNF MotoGP Team, Datuk Razlan Razali berharap Malaysia terus mengatur semula program ke arah MotoGP selepas melihat program sukan permotoran tersebut seakan-akan terkebelakang berbanding dua negara jiran yang kian mencengkam di pentas dunia.

Justeru, Razlan meletakkan harap tinggi agar ada pihak tertentu tampil kehadapan dalam merangka semula perjalanan program merangkumi pembentukan pasukan, pelumba mahupun program jangka panjang agar terdapat pelumba Malaysia mampu mengisi slot ke MotoGP sekali lagi.

Tegas Razlan, jika perkara tersebut tidak dibuat, belum tentu dalam tempoh 10 tahun pelumba Malaysia mampu bersaing dalam kategori tertinggi perlumbaan MotoGP itu.

“Bagi saya untuk meletakkan pelumba negara di kelas perdana MotoGP memang payah dah susah kerana kita tiada pelumba yang bersedia setakat ini.

“Kita perlu hadapi dengan realiti masalah ini kerana ketika ini Malaysia hanya ada seorang pelumba di MotoGP iaitu Syarifuddin Azman selepas itu tiada.

“Sebelum ini kita ada banyak pelumba dan bagi saya kita sebenarnya ketinggalan jika dibandingkan Indonesia dan Thailand. Saya harap pihak tentu buat balik dan buat program ini,” katanya ketika ditemui selepas forum bersama pasukan CryptoDATA RNF MotoGP Team dan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) di sini, hari ini.

RAZLAN bersama pasukannya iaitu Miguel Oliveira (kanan) dan Raul Fernandez (kiri)

Bagaimanapun, Razlan mengakui Malaysia mempunyai ramai bakat-bakat terbaik untuk diketengahkan ke MotoGP, namun setakat ini pelumba sedia ada masih belum mencapai usaha matang untuk diangkat ke kelas utama.

“Sebenarnya kita ada pelumba pelapis tetapi mereka masih muda lagi seperti Qabil Irfan Azlan, Hakim Danish, Danial Syahmi Ahmad Shahril tetapi semua mereka tak cukup umur. Tapi itu untuk pembangunan pelumba selepas itu harus meneruskan pelaburan terhadap mereka sehingga bersedia ke Kejuaraan Dunia. Jangan melabur separuh jalan sahaja dan selepas itu berhenti.

“Sekarang ini pula, apabila ada bakat, pasukan pula tak ada. Itu masalah, jadi kita tak pasti apa program pembangunan yang hendak dilakukan. Kita ada pelapis tapi belum cukup umur.

“Oleh itu, setakat ini, saya lihat mungkin dalam 10 tahun pun susah untuk ada pelumba Malaysia beraksi di kelas MotoGP,” kata Razlan

Kali terakhir Malaysia mempunyai pelumba dalam kelas MotoGP adalah pada 2018 hingga 2019 iaitu menerusi Hafizh Syahrin Abdullah. -KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI