fbpx

RNF mahu wujudkan pasukan Moto2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZLAN mendedahkan keputusan untuk mewujudkan pasukan Moto2 bukan daripada RNF semata-mata, namun merupakan syarat ditetapkan oleh Aprilia.

DEMI memastikan isu ketandusan bakat terbaik tidak berlaku dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), pasukan WithU RNF Racing berkemungkinan mewujudkan pasukan dalam kategori Moto2 bermula musim 2024 nanti.

Berita baik itu hadir selepas pasukan yang diterajui anak Malaysia, Datuk Razlan Razali meninggalkan Yamaha dengan menyertai pasukan Aprilia bermula musim depan.

RAZLAN

Tegas Razlan, keputusan untuk mewujudkan pasukan Moto2 bukan daripada pihaknya semata-mata, namun syarat yang ditetapkan oleh Aprilia sendiri.

“Matlamat utama wujudnya pasukan Moto2 adalah perancangan kita untuk membangunkan program dengan Aprilia. Selepas kita menjalani kerjasama 4 tahun bersama Aprilia, salah satu projek yang kita bincangkan ialah sertai kategori Moto2.

“RNF dan Aprilia telah melakukan perbincangan dengan dua tiga pihak tetapi projek Moto2 itu akan dilancarkan pada musim 2024 bersama pasukan RNF.

“Penglibatan RNF ke Moto2 adalah syarat dari Aprilia sendiri kerana pada ketika ini pengeluar seperti KTM mahupun Ducati telah wujud pasukan mencari bakat.

“Seperti KTM, mereka ada pasukan GASGAS, Red Bull KTM Ajo dan sebagainya. Ketika ini mereka pegang semua pelumba berbakat. Jadinya, Aprilia ingin ke arah pasukan Moto2 buat masa ini,” kata Razlan.

Dalam pada itu, Razlan turut menegaskan pasukannya akan mengumumkan penaja utama­nya menjelang perlumbaan terakhir di Valencia nanti.

“Kita akan umum penaja utama baharu nanti di Valencia. Syarikat yang akan bersama kita nanti adalah sebuah syarikat teknologi maklumat. Ini kali pertama mereka pada MotoGP dan kita juga sudah rancang livery buat mereka juga,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI