fbpx

RNF Racing tidak sabar uji jentera Aprilia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZLAN yang mengemudi pasukan RNF Racing akan mendapat suntikan semangat baharu apabila menyertai keluarga Aprilia sebagai pasukan satelit musim depan.

SELEPAS menempuh pelbagai ranjau dan duri pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2022, pasukan RNF Racing ­akhirnya bersedia membuka lembaran baharu pada perlumbaan musim 2023.

Seperti diketahui umum, pa­sukan kendalian anak Malaysia, Datuk Razlan Razali mendapat suntikan semangat baharu apabila menyertai keluarga Aprilia sebagai pasukan satelit musim depan selepas meninggalkan Yamaha.

Aprilia menjanjikan sokongan penuh kepada pasukan RNF dengan kontrak melibatkan perjanjian dua tahun dan kontrak lanjutan dua tahun lagi sekira­nya mereka mencapai keputusan positif.

Lebih menarik, RNF turut membawa masuk dua pelumba berbakat iaitu Miguel Oliveira dan juga Raul Fernandez bagi membantu pasukan tersebut mendapat keputusan terbaik menjelang 2023.

Bagi mengukuhkan misi tersebut, pasukan RNF turut mendapat tajaan daripada syarikat CryptoData Tech. Difahamkan, RNF menjalani kerjasama bersama syarikat teknologi tersebut sehingga 2026.

“Ia adalah permulaan baharu untuk pasukan RNF terutama kehadiran penaja utama baharu seperti CryptoDATA dan juga pelumba baharu. Sesuatu yang sangat kami nantikan mulai esok (hari ini) terutama kehadi­ran jentera baharu dari Aprilia.

“Jadi, selamat datang kepada pelumba baharu kami pada musim 2023 untuk bersedia bagi menguji mesin baharu bermula esok. Jadi kami gembira menamatkan saingan ini dan menantikan musim baharu,” kata Razlan.

Ketika diminta mengulas mengenai musim 2023, Razlan mendedahkan, pihaknya tidak berdepan masalah de­ngan ­pasukan utama Aprilia dan bertekad untuk mengatasi ­pasukan tersebut selepas membawa masuk dua pelumba muda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI