fbpx

Bundesliga: Magis Alonso lonjak Leverkusen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEVERKUSEN berjaya meraih kelebihan dua mata di puncak Bundesliga selepas menewaskan Breman awal pagi semalam. - AFP

BREMEN – Bayer Leverkusen meneruskan penguasaan di tangga teratas Bundesliga dengan kelebihan dua mata ke atas juara bertahan Bayern Munich hasil kemenangan 3-0 ke atas Werder Bremen di Weserstadion kelmarin.

Pemain tengah berpengaruh, Granit Xhaka tanpa berselindung mengakui, dia membuat keputusan tepat berhijrah daripada Arsenal untuk beraksi di bawah tunjuk ajar ketua jurulatih Leverkusen, Xabi Alonso musim ini.

“Ia seperti satu impian menjadi kenyataan dapat bermain di bawah Xabi Alonso yang merupakan pemain berkelas dunia pada satu ketika dahulu. Malah, saya pernah beberapa kali menentangnya di atas padang.

“Beliau benarkan saya lakukan apa sahaja. Kami mempunyai pasukan dan jurulatih hebat serta barisan pemain dengan mentaliti yang tepat.

“Kami semua berusaha setiap hari dalam sesi latihan dan hasilnya anda dapat melihat keputusan kami sejak kebelakangan ini. Saya harap perkara hebat ini dapat diteruskan,” kata Xhaka.

Leverkusen meraih tiga gol ke atas Werder hasil jaringan sendiri pemain lawan, Olivier Derman pada minit kesembilan, Jeremie Frimpong (m-42) dan Alex Grimaldo.

Selain Xhaka, beberapa pembelian baharu Leverkusen musim ini turut menunjukkan prestasi meyakinkan seperti Grimaldo, Jonas Hofmann dan Victor Boniface yang kini sudah meledak tujuh gol daripada 10 aksi Bundesliga.

Bagaimanapun, kapten Switzerland itu mengingatkan rakan sepasukannya agar tidak cepat selesa dengan pencapaian semasa kerana saingan musim ini masih panjang.

“Tiada apa-apa jaminan lagi, jadi kami perlu teruskan kerja keras dan tunggu sehingga pengakhir musim nanti kerana apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak,” jelas Xhaka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI