fbpx

F1: Horner buat pendedahan kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON didakwa berminat untuk menyertai Red Bull selepas bapanya menghubungi Horner. - AFP

ABU DHABI – Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner tanpa berselindung mengakui bahawa bapa Lewis Hamilton, Anthony telah menghubunginya untuk bertanyakan kerusi Sergio Perez pada musim 2024.

Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa Red Bull dikatakan sedang mempertimbangkan untuk mencari pengganti baharu bagi menggantikan tempat Perez selepas pelumba Mexico itu menampilkan aksi hambar musim ini.

Disebabkan itu, Horner menegaskan bahawa ayah Hamilton, Anthony telah menghubunginya awal musim ini berhubung kemungkinan pertukaran dari Mercedes ke Red Bull.

“Saya tidak tahu apa peranan Anthony bersama Hamilton dari segi persiapan atau pengurusan. Saya rasa dia (Anthony) tidak bertanya tentang dirinya.

“Saya sudah kenal Anthony selama bertahun-tahun, dia orang baik dan bangga dengan kejayaan yang dicapai Hamilton.

“Jadi, ia adalah satu lumrah bila semua orang bercakap di pit terutama bila Hamilton tidak memenangi perlumbaan Grand Prix selama dua tahun.

“Apa yang boleh saya katakan ketika ini ialah tiada tempat yang tersedia,” kata Horner yang sebelum ini mengakui akan kekal bersama Perez.

Bagaimanapun, juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Hamilton yang menandatangani kontrak lanjutan dua tahun dengan Mercedes pada Ogos lalu menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa tiada seorang pun daripada pasukannya telah menghubungi Red Bull. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI