fbpx

Cukup, saya tidak mahu komen apa-apa – Nourul Depp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOURUL Depp mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lagi isu persengketaan dengan anak sulungnya, Ayu Nazirah.

KUALA LUMPUR – “Saya tidak mahu bercakap lagi tentang hal ini. Tutup rapat, ikat tepi dan buang.”

Demikian kata penyanyi Nourul Depp apabila enggan memberikan komen atau memanjangkan lagi isu sengketa dengan anak sulungnya, Ayu Nazirah, 25.

Nourul atau nama lengkapnya Noorulhuda Abdul Wahab, 46, ketika ditemui Kosmo! Online semalam berkata, dia tidak mahu bercakap lagi tentang perkara itu bagi mengelak salah faham netizen.

“Tidak perlu lagi memperkatakan tentang perkara ini kerana tidak mendatangkan kebaikan di pihak sebelah sana (Ayu) dan juga saya.

“Saya tidak mahu orang yang tidak faham meninggalkan komen yang bukan-bukan.

“Jadi saya mahu hentikan. Dia pun sudah ada kehidupan sendiri, begitu juga saya,” katanya.

Diminta mengulas kenyataan komposer Ajai yang memaklumkan hubungannya dengan puteri mereka sudah kembali jernih, Nourul berkata itu hanyalah pendapat bekas suaminya itu.

“Saya ada tengok video komen Ajai dan mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri sebab ada perkara yang dia katakan itu betul, ada juga yang tidak betul.

“Jadi, saya tidak mahu komen apa-apa. Itu pendapat dia (Ajai). Nanti jadi benda lain dan berpanjangan,” ujarnya.

Pada masa sama, penyanyi itu yang ditemui selepas program Firetalk And Showcase With Nourul Depp di Hotel Royal Chulan, di sini, semalam berkata, sebagai ibu bapa, anak-anak tidak semestinya menjadi hak mutlak mereka.

“Anak-anak tidak semestinya hak multak kita. Mereka ada hak untuk melakukan apa sahaja. Selebihnya saya tidak mahu komen apa-apa.

“Apa pun, terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik. Terima kasih kerana merasai apa yang saya rasa, memberi sokongan dan kasih sayang kepada saya,” katanya.

Terdahulu, Nourul yang terkenal dengan lagu Kerana Terluka mengakui ada konflik dan berkecil hati dengan puteri sulungnya.

Kata penyanyi berkulit hitam manis itu, dia berharap masalah dalaman keluarganya dapat diselesaikan dengan baik tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Bekas suaminya, Ajai dalam satu temu bual bersama Kosmo! Online memberitahu hubungan Nourul dan Ayu sudah kembali pulih.

Bagaimanapun, Ajai mengambil pendekatan enggan mengulas dakwaan puteri sulungnya tinggal bersama pelakon Maria Farida sehingga menjadi punca perbalahan antara Nourul dan anak daranya itu.

Sementara Ayu pula menerusi Instagram turut menegaskan dia dan Nourul sudah berdamai malah pelakon Datin Maria Farida bukan punca persengketaan mereka.

Ayu adalah zuriat sulungnya hasil perkahwinan bersama komposer terkenal Ajai, namun berpisah pada 2007.

Lima tahun kemudian penyanyi itu bertemu jodoh pula dengan warga Perancis, Eric Daniel Depp dan dikurniakan tiga cahaya mata, Zachary Depp, 10, Raphael Depp, 8, dan Isabella Depp, empat tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI