fbpx

Bonus penjawat awam Kedah RM2,000, saya ‘follow’ PMX – Sanusi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Kedah ke-15 (Mesyuarat Bajet 2024) di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada 5,600 penjawat awamnya yang dianggap tertinggi setakat ini berbanding RM1,000 pada tahun lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pembayaran bagi bantuan khas kewangan itu akan dibuat sebahagiannya pada Disember ini dan bakinya pada Mac tahun depan.

“Saya ikut Kerajaan Persekutuan, Pusat janji RM2,000 bukan? Jadi, kasihan pula kakitangan awam kerajaan negeri dapat sikit, jadi bagi samalah.

“Saya ‘follow’ (ikut) PMX… tak lawan lah, saya follow,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Kedah ke-15 (Mesyuarat Bajet 2024) bermula hari ini di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM10.8 juta bagi mengagihkan bantuan secara one off itu.

“Bantuan Khas One-Off juga akan diberikan kepada Imam lantikan negeri, Pengerusi Majlis Ketua Kampung dan Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) pada Mac 2024 sebagai bantuan Hari Raya.

“Kadar bantuan khas one-off ini akan ditentukan kelak. Tapi kita tak akan bayar bertindih dengan Kerajaan Persekutuan kita tengok jika mereka sudah mendapat daripada Pusat tidak akan dapat lagi daripada negeri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI