fbpx

‘Arwah abah pesan dunia tempat ujian, akhirat tempat balasan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAINALLAH maut dalam kemalangan di Batu Embun, Jerantut kelmarin.

JERANTUT – Seorang pesara kerani menemui ajal dalam kemalangan selepas hanya beberapa jam selesai bertadarus al-Quran dan berjumpa rakannya bagi membincangkan hal-hal ber­kaitan kematian kelmarin.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, Zainallah Abdullah, 74, me­ninggal dunia apabila kereta jenis Myvi yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di persimpangan Batu Embun di sini.

Rakannya, Wan Ahmad Sulung, 72, berkata, arwah sebelum itu ada datang ke rumahnya di Bukit Rang, Pulau Tawar pada pukul 9.30 pagi sambil membawa juadah untuk bersarapan bersama.

“Kami mengulang kaji bacaan al-Quran dan juga kitab agama mulai pukul 9.30 pagi sehingga 11 pagi sebelum arwah meminta izin untuk balik ke rumahnya di Sungai Jan pinggir bandar Jerantut.

“Arwah sempat mengatakan kematian itu akan tiba juga dan hanya masa yang ditentukan oleh Allah SWT sebelum keluar rumah saya menuju ke kereta­nya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Jerantut di sini semalam.

Menurut Wan Ahmad, malam sebelum datang ke rumahnya, arwah juga nampak sangat gembira dan sempat membuat panggilan video dengannya ketika dia berada di surau Sungai Badak.

“Saya amat sedih atas pemergiannya kerana arwah seorang rakan tabligh yang bersungguh-sungguh mempelajari al-Quran dan selok-belok hal agama serta pada masa yang sama mengajak rakan lain beramal menerusi aktiviti tabligh kami,” katanya.

Sementara itu, anak arwah, Kamil Hilmi Zainallah, 40-an yang ditemui berkata, arwah bapanya sering memberi pesanan kepada adik-beradiknya supaya sentiasa menjaga solat.

“Saya berasa hairan abah kerap menghantar nasihat dan pesanan melalui Whatsapp mengenai hal kematian dua tiga hari lalu dan menasihatkan kita semua perlu bersedia ke arah itu apabila tiba masanya

“Arwah abah mengingatkan saya bahawa dunia ini tempat ujian, akhirat tempat balasan, kubur tempat soalan, syurga tempat beriman dan neraka tempat sesalan merupakan pesanan terakhir dalam kumpulan Whats­App keluarga kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI