fbpx

Wanita tunggang motosikal masuk parit ketika banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum terjatuh ke dalam parit. - Instagram

JAKARTA – Seorang penunggang motosikal terjatuh ke dalam parit dan dihanyutkan oleh arus deras ketika melintasi jalan yang dinaiki air dalam kejadian di Pekanbaru, Indonesia, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video kejadian dimuat naik dalam akaun Instagram @viralpekanbaru. Wanita itu dilaporkan menunggang motosikal di Jalan Karya Massa yang dinaiki air selepas hujan berterusan pada malam sebelumnya.

Beberapa lelaki pada awalnya membantu wanita itu dan beberapa penunggang motosikal lain melalui jalan tersebut.

Dua lelaki kemudian mengarahkan wanita itu mengelak parit di tepi jalan. Bagaimanapun, disebabkan jalan tersebut licin, wanita itu gagal mengawal motosikalnya dan terjatuh ke dalam air yang deras.

Mangsa bersama-sama motosikalnya kemudian dihanyutkan air banjir. Beberapa lelaki kemudian cuba mengejar mangsa untuk menyelamatkannya.

Pemilik akaun tersebut memaklumkan bahawa wanita itu berjaya di selamatkan oleh penduduk.

“Keadaan mangsa lemah ketika penduduk membantunya selepas dihanyutkan arus deras,” demikian kapsyen video tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI