fbpx

Wan Azizah imbau kembali perjalanan politik Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Azizah ketika menyampaikan syarahan dalam Majlis Syarahan Perdana di Unisel Bestari Jaya, Kuala Selangor, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengimbau kembali perjalanan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkecimpung dalam dunia politik pada tahun 1982.

Ketika dalam syarahan perdana sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) Kali ke-17 hari ini, beliau mengakui terkejut apabila Anwar mengambil keputusan menyertai UMNO walaupun ketika itu berada dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

“Saya ini kebetulan sahaja masuk politik sebab banyak kejutan berlaku dalam hidup. Saya kahwin dengan cikgu ( Anwar) dan kemudian Anwar hendak masuk (menyertai) UMNO membuatkan saya terkejut.

“Selepas itu dia bertanding (dalam pilihan raya) kemudian menang dan menjadi Timbalan Menteri, Menteri dan seterusnya Timbalan Perdana Menteri (TPM),” katanya hari ini.

Walaupun Anwar menyertai UMNO dan memegang beberapa jawatan penting dalam parti itu, Wan Azizah memberitahu, beliau meneruskan kariernya sebagai doktor mata sehingga Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993.

Namun kehidupan mereka tersungkur ke tahap paling bawah sewaktu Anwar dipecat jawatan tersebut pada 1998.

“Itu (pemecatan Anwar) juga kejutan, sebab selepas jadi TPM dengan sekelip mata beliau jatuh dan dimasukkan dalam penjara.

“Apa saya nak cerita kepada anak-anak dan saya terhutang budi dengan keluarga yang datang tolong dan memberikan kekuatan. Pada masa itu saya muda lagi, saya tidak tunjuk perasaan gugup atau jatuh pada sesiapa yang berbuat zalim,” kata bekas TPM itu.

Jelas Wan Azizah, setelah lebih dua dekad berjuang demi rakyat akhirnya suaminya telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada tanggal 24 November 2022 yang genap setahun pada hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI