fbpx

Dakwaan gangguan seksual: Telefon bimbit KP agensi keselamatan dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Shuhaily mengesahkan pihaknya merampas telefon bimbit milik ketua pengarah agensi keselamatan yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita. Foto oleh MOHD FARIZWAN HASBULLAH/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas telefon bimbit milik ketua pengarah agensi keselamatan yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, keterangan ketua pengarah terbabit diambil kira-kira pukul 2.30 sehingga 4 petang semalam, di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“Sehubungan itu, kita telah rakam keterangan tiga individu iaitu pegadu suspek dan pegawai khas kepada ketua pengarah berkenaan.

“Keterangan daripada pegawai khas itu diambil bertujuan mengesahkan sebarang pertemuan antara suspek dan pengadu.

“Kita sedang merangka beberapa lagi saksi yang boleh membantu siasatan in,”katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Jelas Mohd. Shuhaily, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual), Seksyen 507A Kanun Keseksaan (kesalahan menghendap), Seksyen 292 Kanun Keseksaan (memiliki bahan lucah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu Kosmo! melaporkan salinan laporan polis dari Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, pada 14 November itu telah tular di media sosial.

Penasihat kewangan, 39, mendakwa ketua pengarah bergelar ‘Datuk’ itu mengeluarkan kata-kata lucah terhadapnya selepas pertemuan kali pertama mereka pada November tahun lalu bagi menawarkan peluang pelaburan.

Menurut mangsa, ketua pengarah terbabit pernah beberapa kali mengajaknya untuk berjumpa di hotel dan pusat karaoke.

Ketua pengarah itu bertindak menghantar kira-kira 10 video serta gambar lucah melalui mesej di telefon bimbit sejak Ogos lalu sehingga menyebabkan mangsa tertekan, trauma dan mengalami kemurungan dengan kejadian itu.

Difahamkan, wanita itu juga diugut agar tidak melaporkan perkara itu kepada sesiapa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI