fbpx

Pelamin pengantin runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga pengantin terkejut selepas pentas itu runtuh. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi pentas pelamin sebuah majlis perkahwinan runtuh ketika keluarga pengantin bergambar, lapor program berita Liputan6 hari ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @fazaolshop88 hujung minggu lalu.

Pasangan pengantin kelihatan berada di tengah-tengah keluarga besar mereka ketika mengambil gambar di atas pentas. 

Ketika leka bergambar, bunyi retak kedengaran sebelum pentas itu runtuh. Mereka kemudian menjerit secara serentak. 

Beberapa ahli keluarga pengantin yang terkejut kemudian perlahan-lahan turun dari pentas.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Keluarga yang sangat besar, ini baru ahli keluarga wanita yang bergambar belum lagi ahli keluarga lelaki,” komen seorang netizen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI