fbpx

‘Kalau masih hidup di manakah dia?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naquib menunjukkan gambar Mohd. Hafiz ketika ditemui di rumahnya di Kulim semalam.

KULIM – Keluarga guru lelaki yang hilang kini menyerahkan urusan pencarian Mohd. Hafiz Jasmi, 38, kepada pihak polis sepenuhnya selepas menerima berita berkenaan petunjuk baharu yang dimaklumkan pihak berkuasa itu kelmarin.

Ibunya, Zaiton Othman, 64, memberitahu, keluarganya bersyukur dengan perkhabaran baik yang anaknya itu masih hidup.

“Saya reda dengan ujian yang diberikan Allah serta hanya mampu berdoa dengan harapan agar anak sulung saya itu ditemui,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, adik mangsa, Mohamad Naquib berkata, keluarganya masih tidak menge­tahui punca sebenar misteri kehilangan abangnya.

Katanya, Cikgu Hafiz adalah seorang yang ceria dan amat rapat dengan pelajarnya.

“Saya dimaklumkan oleh guru besar sekolah abang yang pelajar-pelajarnya amat me­rinduinya dan berharap Cikgu Hafiz segera kembali mengajar mereka,” ujarnya.

Kelmarin, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Azizul Mohd. Khairi dilaporkan berkata, hasil maklumat seorang saksi di tempat kejadian mendapati, Cikgu

Hafiz dipercayai sudah meninggalkan kawasan peranginan Sungai Sedim pada hari beliau dilaporkan hilang.

Katanya, polis menemui petunjuk bahawa orang hilang ini masih hidup dan pencarian di Sedim telah dihentikan.

Berita berkaitan: Cikgu Hafiz masih hidup, tiada di Sungai Sedim

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI