fbpx

Blackpink dapat darjah kebesaran MBE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BLACKPINK menerima darjah kebesaran Empayar British, MBE semalam. – AGENSI

LONDON – Monarki Britain, Raja Charles III memberi penghormatan kepada kumpulan K-pop, Blackpink semalam kerana usaha mereka dalam meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim, lapor akhbar Washington Post.

Penghormatan itu diberikan ketika Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol dan Perdana Menteri Rishi Sunak berjanji mengadakan kerjasama lebih rapat antara kedua-dua negara berhubung teknologi dan pertahanan.

Pada hari kedua rangka lawatan tiga hari Suk-yeol ke London, Raja Charles III memberikan darjah kebesaran Members of the Order of the British Empire (MBE) kepada Kim Jennie, Kim Jisoo dan Lalisa Manoban.

Rakan sekumpulan, Roseanne (Rosé) Park juga menerima pingat MBE, namun tanpa gelaran ‘kehormat’ kerana dia memiliki dua kewarganegaraan di New Zealand, salah saru daripada 14 negara di mana Raja Charles III menjadi ketua negara. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI