fbpx

Ahli Parlimen Ketereh cuak lepas tuduh Tok Mat di Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tok Mat (kanan) dan Khlir.

PETALING JAYA – Kelantangan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa bahawa setakat ini tiada mana-mana Menteri Pertahanan membawa isu penyelarasan pencen veteran Angkatan Tentera (ATM) ke mesyuarat Kabinet, memakan diri.

Khlir berkata, ia termasuk ketika era peneraju terkini iaitu, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat.

“Sejak 2013, saya tak pernah dengar satu pun Menteri Pertahanan termasuk menteri sekarang yang menerajui kementerian hampir setahun, membawa isu ini untuk dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.” katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa Kementerian Pertahanan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, dakwaan berkenaan dibantah oleh Mohamad yang mempersoalkan, bagaimana beliau mengetahui isu berkenaan tidak pernah dibawa ke Kabinet dan menggesa supaya Khlir menarik balik tuduhan berkenaan.

“Saya ada bawa, banyak kali. Saya bawa ke Kabinet dan tuduhan tadi mengatakan saya tak bawa, tarik balik,” tegas Mohamad.

Menyedari tuduhan yang dibuat tidak berasas, Khlir akhirnya mengalah dan bertindak menarik semula tuduhan berkenaan.

“Okay tariklah,” balasnya ringkas.

Khlir dalam masa sama, turut menyebut tentang kewajiban kerajaan melaksanakan penyelarasan pencen bagi kelompok yang bersara sebelum 1 Januari 2013, mengikut Akta ATM 1972.

Beliau berkata, ia merupakan hak mereka tambahan sudah lebih 10 tahun penyelarasan pencen itu ditunggu untuk dilaksanakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI